May 17, 2011

Kenangan Buah MANGGA~

Assalammualaikum semua.... arap semua sihat2 belaka....bace je tajuk kat atas mesti korang dah terbayang dan terliur dgn kelazatan buah mangga kan? haha....aku ada memori indah dgn buah mangga... :-)

sebelum aku dapat tau aku mengandung, ketika aku dan suami berada di kampung mentua ku di Masjid Tanah Melaka, kami ke rumah makcik suami ku di Seremban kerana ada kenduri kahwin anak nye (Sepupu hubby). Rumah makcik suami aku mmg bersebelahan dgn pokok Mangga..bukan main sedap lg tgk mangga yg bergayut kat pokok tu...erm, klu dpt cecah dgn kicap ditambah dgn cili padi potong, perggg............amat la nikmat! hehe...tp ni bukan cerita aku yg mengidam makan mangga tu...sebaliknya my hubby yg teringin...

ketika kami sibuk membantu di dapur, suami ku sempat berbisik di telinga mak mentua ku, utk memetik buah mangga itu.selepas mendapat kebenaran tuan rumah dan buah mangga dipetik, mak mentua memberi aku seplastik buah mangga utk disimpan..ketika itu, ramai sedara mara yg memandang ke arah ku dan mereka mengandaikan aku telah berbadan dua...sedang kan tidak..aku buat muke xtahu saje la, dan menyimpan buah mangga ke dlm beg..

3 hari kemudian, selepas pulang ke KL, aku telah melakukan Pregnancy Test kerana lewat dtg bulan dan alangkah terkejutnya aku yg aku telah mengandung....patut la suami aku beria-ia nak buah mangga. rupa nya ade 'org baru' dlm perut ku...Aku yg mengandung, suami ku yg mengidam :-)

Itu la kenangan aku dgn buah Mangga...tiap kali terlihat buah Mangga mesti aku teringat kenangan manis itu......:-)

Wassalam....

1 comment:

  1. begitu tersentuhnya bila say membacanya...bestnya...Happy Family.

    ReplyDelete