June 6, 2012

Penyimpanan Susu Ibu....

Assalammualaikum semua.....

Rasanya ramai yg masih konfius dgn tempoh penyimpanan susu ibu kan? Dulu aku pun conpius gak....bile dah masuk anak ke dua ni baru la tau semua tu...huhu....maklum lah anak per1 dulu takde pengalaman....tak amik pusing pun hal susu ibu ni..... sekarang baru ku sedar.......ish2....

Sebelum tu mari kite kenal ngan istilah2 penting ttg susu ibu yg diperah ni.....




EBM = Expressed Breast Milk.
Fresh EBM = Susu yg baru diperah
Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi tau.
Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku.


Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:



- bekas kaca adalah yg terbaik tetapi agak sukar dikendalikan
- bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
- bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)

- Bekas dadih – Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
- breast milk storage liners khas untuk menyimpan EBM



Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25o C – 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
Jika bilik ber-AC (15o C – 25 oC), boleh sampai 6-8 jam


Dalam freezer......


Susu ibu yang disimpan dengan baik akan menjadikan susu tahan dengan lebih lama.

Bekas penyejuk (cooler bag/box : 0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam


Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-18 hingga -20 °C) – 3 bulan
- pintu bawah (0- 4 °C)
(sebelum dibekukan) – 3-7 hari
(selepas dibekukan) – 24 jam

Peti Sejuk (1 pintu) 
- bahagian beku – 2 minggu
Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.


PERINGATAN !!!
susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula dan susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula.



- Pastikan kuantiti susu mencukupi untuk sekali penyusuan.

- Simpan dalam bekas yang bersih dan bertutup.

- Labelkan bekas dengan menyatakan tarikh dan masa pemerahan.

- Simpan dalam peti sejuk. simpan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil. jangan simpan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil 

- Jika susu ingin dibekukan, pastikan bekas simpanan susu tidak terlalu penuh. Pastikan ade ruang kosong untuk pengembangan berlaku bila susu membeku.




Macamne nak tau susu ibu dah basi ye??

Mengikut daripada apa yang aku baca, sebenarnya jika kita mengikut cara penyimpanan yg betul, susu ibu tidak mungkin akan basi. Kadang2 mmg bile disimpan/disejuk bekukan akan berlaku perubahan warna dan rasa, tapi tu x bermakna susu ibu dah basi.....


Harap semua dpt sedikit ilmu drpd entri kali ni......
Wassalam...



No comments:

Post a Comment