January 6, 2013

Makan malam di Willy Satay, kajang

Salam semua.. Aku dah start rindu bebeloging tp xde mase la nak menaip.... Huhu

Ok, mlm tahun baru 2013 aritu en. Hubby bawe aku anak beranak gi makan willy satay kat sg. Ramal, kajang...

1st time makan kat sane... Rase? Sedap sgt!!!!! Lagi sedap dari satay kajang ok :-) pastu satay dia besar lak tu.. Harga sgt berpatutan iaitu 70sen secucuk.. Cuma ada satay daging lembu, kambing dan ayam. Satay dgg lembu memang tidak liat langsung tau... Satay nya yang manis-manis, juicy gitu.. Memamg sedap la kwn2.. Cuba la korang.. Highly recommended from me... Hihi

Cuma yang kureng sikit adalah suasana disana yang sgt ramai pelanggan ( of course la ramai, sedap kan :-) pastu tempat duduk tak ada bumbung.. Korang imagine la tengah- tengah makan tetiba hujan turun.. Mcmne? Sure lintang pukang lari kan... Hehe..

Aku nasihatkan kalau korang nak gi sana better go right after kedai dia buka iaitu pukul 4 ptg.. Xde la sesak sgt nanti.. Ohye, sistem kat sana adalah layan diri. Dimana korang kene gi ke gerai mane yang korang nak order (sana bukan saja ada satay malah ada juga gerai sup, nasi dan western) korang beratur utk amik order then sertakan juga nombor meja korang. Pastu bayar than tunggu kat meja sendiri.. Makanan yang korang order akan dihantar oleh pelayan kedai tu.. Tapi tidak lama pun nak kena tunggu sbb pekerja dorang sangat efficient -:)

Ok la, nexf time aku akan bawe family aku dtg situ lagi.. Hihi

No comments:

Post a Comment