January 7, 2013

Shopping di GM, Klang....

Salam semua...

Ni nak kongsi cerita pasal weekend aritu... Aku bawa mak dgn adik gi shopping kat GM, klang.. Pusat pemborong terbesar... Terbesar kat malaysia rasenye.. Maafkan aku jika tersilap :-)

GM terletak di Bandar Botanik, Klang. Aku pergi melalui kesas highway dan mengambil masa lebih kurang 30 mnt dari cheras.

Kami sampai sana jam 11.30 pagi.. Parking free wat masa ni. Rasanya dlm masa terdekat sure dorang akan kenakan parking fees sebab dah ada mesin auto pay kat sana..

Kalau korang nak tahu barangan yang dijual kebanyakan secara borong. Tapi boleh juga kalau nak beli satu-satu tapi harga akan jadi lebih mahal dari biasa. Dah nama nye pun tempat memborong... Hihi

Seronok juga memborong kat sini sebab banyak sgt pilihan sampai rambang mata.. Kalau bernasib baik, bila korang tawar menawar harga akan dapat harga yg sangat berpatutan... Kalau datang sini amat la digalakkan datang beramai-ramai... Lagi ramai lagi untung bila membeli borong :-)

Ok, meh layan sikit gambar yang sempat aku ambil. Tapi xbyk sbb mata rambang menyopping... Hihi

* next time aku nak gi KWC lak.. Sana lagi best tu... Huhu



No comments:

Post a Comment