March 5, 2013

KLCC, Sky Bridge

Salam semua...

Cite gi jalan kat klcc sky bridge ni dah lama tau... Bulan lepas... Lupa nak update kat blog tercinta ni..huhu..ni baru teringat nak update...sorry ya :-)

Sebenarnya aku tak tahu pun yg bridge ni boleh naik..dulu duk pk tak boleh naik sebab klcc tu kan bangunan petronas and for sure staff sahaja yang boleh masuk... Rupanya bridge tu boleh masuk TAPI dengan bayaran RM25 dewasa, RM15 kanak-kanak ye :-) rasanya foreigner lain bayarannya..mesti lagi mahal sedikit.. Kalau tidak silap RM80 utk foreigner.. Waktu dibuka pada hari selasa hingga ahad dan ditutup setiap hari isnin...

Terletak di ketinggian 170meter ini menyambungkan bangunan berkembar petronas atau dikenali sebagai Petronas Twin Towers.. Sky bridge terletak di antara tingkat 41 dan 42 yang menghubungkan kedua-dua towers.. Bangunan ini dikawal ketat oleh abang-abang dan kakak-kakak polis bantuan petronas yang sgt handsome dan cantik...hihi..so korang sila jaga tingkah laku ye...sebab kat mana korang berada di sini, kawalan sangat ketat dilakukan....hoho

Ohye, korang diberi masa lebih kurang 20 minit sahaja utk berada di sky bridge ni..leh bergambar dan tengok sekitar kl melalui teropong khas...tapi tak tahu la kenapa masa diberi sangat-sangat la limited.. Mungkin untuk tujuan keselamatan kot...selepas tu, korang akan diberi melawat tingkat seterusnya (tak ingat tingkat berapa) utk melihat replika bangunan klcc...masa gi sana, kami anak beranak je orang melayu...yang lain semua omputih belaka :-) siap ada foreigner tu tegur syaurah 'beautiful eyes' sebab time dia tgk syaurah, mate budak kecik ni xberkelip...dia pelik kot...hihi

Ok, tu je nak share arini...kot2 korang nak bawa anak2 gi sini...best gak sekali sekala kan..rase best sebab berada di tempat tertinggi...hihi























No comments:

Post a Comment