August 29, 2014

Fistula preaurikular kongenital

Assalammualaikum..

Berbelit nak sebut ayat atas tu kan? Fistula Preaurikular kongenital. Itu adalah lubang kecil di atas cuping telinga. Sejak lahir aku dah ada. Sekarang dua-dua anak dara aku pun ade. Nak kate keturunan pun bukan sebenarnya..Lubang itu berlaku dimana suatu traktus yg didasari oleh epital skuamos yg bmula di depan daun telinga.  Adoi, susah nye nak explain bahasa sains ni..haha.. bahasa mudahnye ialah, mase pembentukan cuping telinga ketika baby masih dlm perut ibu adalah tidak sempurna. Atau gagal. sebab tu berlakunya lubang kecil di situ. Walau bagaimanapun, ia tidak menjejaskan urat2 saraf di dlm telinga.. Alhamdulillah..

Panjang betul penerangan aku tu kan. Erm, sebenarnya aku nak cerita mengenai qalesya yg mempunyai infection di bahagian lubang tersebut.. Dan ianya berlarutan selama 2 minggu. Actually 2 thn lepas, qalesya dah pernah kena sakit ni. Tapi lepas mkn ubat, surut dan baik dah. Xsangka 2 thn selepas itu, kena lagi sekali. Bak kata doktor yg pertama dulu, jalan penyelesaiannya adalah operation bagi menutup lubang kecil tu. Bile kami tgk video operation org lain, memang seriau di buatnye. Jadi kami mengambil keputusan tidak lakukan perkara itu sehingga la telinga qalesya baik semula. Ok, sekarang bile berlakunya perkara ini sekali lagi, aku dan suami bercadang nak refer ke hospital pakar yang lain. Dulu kami refer hospital kpj kajang. Sekarang refer ke hospital pusrawi pula. Doktor haji mohd hakim. Memang baik dan peramah orangnye. Dia memang tidak suggest kan aku dan suami utk buat pembedahan. Sebaliknya dia bgtau kita berjaga2 sje. Yg penting area lubang mesti sentiasa bersih. Jgn usik jika tangan kotor. Ape yg doktor lakukan adalah just cuci dan buang nanah ditempat bengkak tu je. Lepas tu makan antibiotik selama 10 hari. Mudah2an sakit telinga qalesya akn sembuh dan jgn la sakit ni berulang kembali.. amin..

6 comments:

  1. Slm kak..ank sy ada juga lubang di daun telinga tetapi xpenah bgkak...biase2 aje...tetapi kalau sy picit keluar mcm isi bau busuk mcm kita picit lubang telinga tu..haruskah sy picit biar kluar mende tu...atau biar sahaja...?sbb ank sy xpenah jd ape2 kt lubang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. salam dik.. mengikut kate doc, jangan di usik tempat tu... tapi klu pas mandi kan kite biasa lap2 kawasan tu kan...itu boleh.. cume jika keadaan biasa, jgn la usik area tu. sbb kite xtau time tu tgn atau kain yg dilap tu bersih atau tidak. dikhuatiri akan menyebabkan kuman masuk dlm lubang tu.. :-)

    ReplyDelete
  3. salam kak..mcmana doktor buka nanah tu yah? dia keluarkan dari lubang kecil tu ka? atau dia potong dr luar... ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam yaya. doktor picit utk keluarkan nanah dan darah tu.. dia picit/bocorkan kat tempat yg bengkak tu. seram tengok. huhu

      Delete
  4. mcamana doc. keluarkan nanah tu? dr lubang kecil tu atau dia potong ckit d luar.

    ReplyDelete