February 11, 2015

hyperthyroid dan hyporthyroid

Assalamualaikum semua...

Sihat ke? Alhamdulillah klu semua sihat.. kalau ade yg sakit tu, kite sama2 bersabar ye.. sbb sakit itu kifarah dosa :-)

Saja nak share tentang Hyperthyroid ni.. sebab aku memang disahkan oleh doktor penghidap penyakit ini pada bulan December 2014.. Allahu Akbar!! aku redha... sebab itu semua ketentuan-Nya.. Aku yakin mesti ada hikmah disebalik ujian ini...

Sebelum aku terangkan lebih lanjut, penyakit ini terdiri daripada dua jenis. Hyperthyroidism dan Hypothyroidism. Meh sini kite terangkan.., credit to en. google :-)

 
Thyroid

-           Merupakan satu kelenjar di bahagian halkum yang menggunakan iodine (umumnya berasal dari makanan misalnya laut dan garam) untuk menghasilkan 2 jenis hormon yang penting dalam metabolisma iaitu hormon thyroxine (T4) dan hormon triiodothyronine (T3).

   -    Bilangan hormon T4 dan T3 di dalam badan masing-masing ialah 99% dan         1%, tetapi hormon yang penting untuk badan ialah T3. Walaupun begitu, semasa di dalam badan, T4 akan ditukarkan menjadi T3 dari semasa ke semasa bagi menampung keperluan badan memerlukan T3.

-       Kekurangan rembesan hormon T4 dan T3 (hypothyroidism) akan mengurangkan/melemahkan proses metabolisma dan sekaligus akan memberi impak yang besar kepada badan dari segi fizikal dan emosi.


                                    Hyperthyroid


Hyperthyroid adalah suatu keadaan dimana kelenjar thyroid bekerja berlebihan (overactive) sehingga menghasilkan hormon Thyroid (T3 dan T4) dalam jumlah berlebihan pula.

Hormon Thyroid berfungsi untuk regulasi metabolisme tubuh dan menjaga fungsi normal sel. Jika hormon ini berlebih maka akan terjadi overstimulasi metabolisme dan meningkatkan efek sistem saraf simpatis sehingga menyebabkan peningkatan kecepatan sistem tubuh, termasuk peningkatan frekuensi denyut jantung, berdebar-debar, tremor(tangan bergetar), cemas, gangguan pencernaan (diare) dan penurunan berat badan.  


Gejala utama : 

Penurunan berat badan biasanya disertai dengan peningkatan nafsu makan ,kecemasan, tidak tahan panas, lemas, rambut gugur, aktiviti berlebih, tekanan, tremor, oedema (bengkak) pada kaki dan berkeringat. Kadang-kadang disertai gejala berdebar, arrhytmia (denyut jantung tidak teratur), sesak nafas, libido menurun, mual, muntah, cirit birit. Hyperthyroid yang dalam jangka waktu lama tidak diubati akanmenyebabkan osteoporosis.  


                                                             

Hypothyroid

    Hypothyroid ialah satu keadaan dimana badan kekurangan hormon thyroid akibat daripada kelenjar thyroid (tiroid) yang kurang aktif. Tanpa hormon tiroid yang cukup, banyak fungsi tubuh menjadi perlahan. Ia juga dikenali sebagai penyakit kelenjar tiroid.
Bagaimana Hypothyroid terjadi dan kaitannya dengan tumbesaran badan (metabolisma).?
-       Metabolisma ialah proses yang dilakukan oleh tubuh untuk mengubah apa yang kamu makan dan minum menjadi tenaga. Tenaga ini kemudiannya disalurkan ke seluruh badan samaada untuk pencernaan makanan, bergerak ataupun berehat.

Apa yang menyebabkan hipotiroid?

Hypothyroid mempunyai beberapa penyebab, termasuk

1. penyakit Hashimoto2. tiroiditis, atau keradangan kelenjar tiroid3. hipotiroidisme kongenital, atau hipotiroidisme yang hadir sejak lahir4. pbedahn pelantikan sebahagian atau seluruh kelenjar tiroid5. radiasi rawatan tiroid6. kesan beberapa ubat

-       Hipotiroid disebabkan oleh yodium terlalu banyak atau terlalu sedikit dalam diet atau dengan kelainan kelenjar hipofisis.
-       Orang yang menghidap hypothyroid tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup

Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyrid

        1. Badan rasa lemah
        2. Daya ingatan menurun
        3. Hilang indera rasa dan bau
        4. Kadar pengepaman jantung perlahan
        5. Kulit jadi kuning – lesu, pucat
        6. Kulit kering
        7. Masalah kesuburan
        8. Menjadi tuli, tinitus (telinga berbunyi)
        9. Muscle cramp dan bengkak
        10. Myxedema – cecair keluar ke kulit menyebabkan puffiness (terutamanya di muka)
        11. Pendarahan haid banyak (heavy period)
        12.Percakapan lambat
        13. Pertambahan berat badan
        14. Rambut rontok
        15. Rasa mengantuk
        16. Rendah nafsu seks
        17. Sakit kepala
        18. Sembelit
        19. Suara menjadi serak
        20.Tak tahan sejuk


Bulan lepas aku sekali lagi membuat ujian darah. dan Alhamdulillah, hormon hyperthyroid dan turun ke paras normal. akan tetapi doktor masih menyarankan aku utk makan ubat Camazol 2 biji sehari selama 2 tahun. lama kan?? Selepas 2 thn, baru lah doktor akan buat semula ujian darah untuk pastikan aku benar2 bebas dari penyakit ini.. bukan senang nak sihat dari penyakit ni tau. sebab ni penyakit yg melibatkan hormon. Silap2 kene makan ubat seumur hidup.. dan buat masa ini, doktor sarankan juga agar aku tidak mengandung dalam tempoh 2 thn ni sbb takut akn berlaku komplikasi pada baby jika aku mengandung pd ketika ini... Allahu Akbar.!! dugaan... aku terima dgn redha...


Sejak sakit ni, mmg aku perasan, antibodi aku tidak sekuat dulu.. ade je sakit yg datang.. sedih memang sedih... tapi nak wat camne kan... aku gagahkan juga la... demi anak-anak dan keluarga tersayang... 
Sejak sakit ni, mmg aku perasan, antibodi aku tidak sekuat dulu.. ade je sakit yg datang.. sedih memang sedih... tapi nak wat camne kan... aku gagahkan juga la... demi anak-anak dan keluarga tersayang... 

Buat pengetahuan semua, setakat ni aku takde sakit ape2 di bahagian leher. bengkak pun tidak kelihatan langsung dileher... Tapi xtau la jika ada bengkak kecil yg tak nampak diluar.. Doktor pun belum sarankan aku buat ultrasound.. so, hopefully aku terhindar dari penyakit yang lebih serius.. Amin...


Pesanan semua, jika ada sakit apa2, cepat2 la buat pemerisaan di klinik atau hospital.. dengan ujian darah je dan boleh tau kedudukan badan kita samada sakit atau tidak.. syukur Allah bagi petunjuk awal selepas aku mengadu sakit perut dan terus ke klinik.. Doakan aku ye semua.. Arap penyakit ini pergi jauh dari diri ini... Amin...