June 16, 2015

Al-Fatihah dan salam takziah

Salam takziah..


Petang semalam dapat berita dari kawan yang anak bongsu kawan sekolah yg berumur 4 tahun meninggal dunia.. Ya Allah, sesungguhnya ajal itu tidak mengenal usia.. Aku turut merasa kesedihan itu.. Anak yg dikandung dan dibesarkan pergi menghadap tuhan seawal usia 4tahun. Allahuakbar.. sedih sgt..


Kepada Asfa, kalau kau baca blog aku ni, aku arap ko tabah dgn dugaan ini. memang berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Aku berdoa semoga kau dpt redha dgn ketentuan yg Maha Esa. Anak syurga itu menanti kamu disyurga sana. Bersabar la wahai sahabat.. Sesungguhnya kau amat bertuah kerana mempunyai anak syurga..


Al-fatihah buat adik syafiq..

Konvoi Kajang Livina ke Paradise Spa Hotel, PD

Assalamualaikum semua

Semoga sihat-sihat ye. Tinggal lagi 2 ari je nak sambut Ramadan.. Semoga Ramadan thn ni kita dapat tambahkan ibadah utk tambah saham akhirat.. InsyaAllah..

Ni nak story aktiviti last weekend aritu. Join konvoi kajang livina (KALIV) Oh ye, aku dan suami join kaliv sejak bulan 5 aritu. Mula-mula join Pemilik Nissan Grand Livina (PNGL) kat Facebook. Actually saje join sbb nak dapat byk info mengenai kerete livina. Komuniti ni bagus sbb dorang share everything about Livina cars, maintenance, spare part dan sebagainya. Dan mereka di dlm komuniti sgt2 membantu jika ade sebarang pertanyaan atau kemusykilan. selepas join PNGL, dipecahkan pula ke bahagian lain dimana mengikut lokasi tempat tinggal. sebabkan kami duduk di Cheras, kajang so kami join la KALIV.. Group ni sgt aktif. biasa buat perjumpaan utk merapatkan ukhwah dan menambah kenalan baru yg kebanyakan mereka telah berkeluarga dan mempunyai anak. Memang seronok sbb dpt jumpe kwn2 baru dan info2 baru..Ok, tu serba sedikit info mengenai PNGL dan KALIV. sape2 yg menggunakan kerete Grand Livina tak kira baru atau lama boleh la join kami :-)

Ok, berbalik pada cerita Konvoi. Kami berkumpul pada jam 6.30pagi di RNR Seremban. Sebanyak 33 buah Livina dibawah KALIV Group mengikuti konvoi ke Paradise Spa Hotel, Port Dickson.
Jam 7.30 pagi, kami bergerak secara berkumpulan. Kumpulan A dan B. Bahagi dua kumpulan. Sebab bile berkonvoi ni xboleh panjang sgt. Aku pun xtau kenapa. mungkin itu adalah peraturan konvoi melibatkan kenderaan kot. Sampai Hotel dalam jam 8.30pg. dan kiteorang breakfast kat area hotel. Dan kemudiannya berjalan ke tepi pantai Port Dickson utk acara sukaneka. Ohye, dalam KALIV ni kite ade geng PAPA KALIV dan MAMA KALIV. So sukaneka anta PAPA dan MAMA KALIV. serta anak2 KALIV..


Sukaneka tamat dalam pukul 1. Lepas tu kiteorg lepak makan2 dan pukul 2 camtu check in Hotel. Aktiviti bebas sehingga 7.30ptg utk dinner. Suke sgt sbb aktiviti tak kelam kabut. Yela, kite dgn anak kecil lagi. kalau aktiviti kelam kabut memang xbest la kan.. Dinner Theme malam tu ialah Hawaii.
Xde la nak melaram sgt. yg penting bunga2 tu ada :-) setiap keluarga ada dapat hadiah sumbangan dari KALIV sendiri.. Family aku dapat set mangkuk sup. jadi la... rezeki kan.. hihi

Keesokan harinya pagi tu hujan lebat sangat. kalau ikutkan breakfast dari jam 7pg-10pg. lepastu ada taklimat dan sesi bergambar. sebab kan hujan, jadinya berkumpul jam 12tghari utk acara penutup. Balik pula masih dalam konvoi. tapi tak sebanyak mcm masa dtg sbb ade yg ke arah lain utk urusan persendirian.. Akhir sekali ape yg boleh aku simpulkan, kami kat KALIV ni sgt2 la berpuas hati dgn aktiviti yg dirancang dan alhamdulillah semua berjalan lancar. So lepas ni leh la plan konvoi lagi :-)


Ok, layan gambar2 ye... Bye..




June 5, 2015

result darah

second entry utk arini (͡° ͜ʖ ͡°)

ni nak share berita baik. sebelum ke terengganu aritu aku dan en.suami amik ujian darah. untuk check semula hormon hyperthyroid aritu. alhamdulillah ujian kali ni menunjukkan angka yg positif. syukur sangat. kadar paras hyperthroid back to normal range again. last check aritu bulan january lepas. mase tu pun normal range juga. cuma kadar bacaan tsh masih sgt rendah. tapi kali ni semua bacaan cantik. t4 within normal range, tsh pun within normal range. syukur sgt2. so next check up pada november nanti. tapi masih continue dgn ubat carbimazole sebiji sehari. yang xsangka bacaan tsh tu. tak tau camne leh naik ke normal range. kuasa Allah kan. segala nya atas kehendakNya..

so sekarang tahap kesihatan semakin baik. doa aku agar terus baik. mudah mudahan. sekarang aku kerap joging dan exercise. walaupun tahap kesihatan memuaskan xbermakna kite xkan jatuh sakit kan.. so kene terus amalkan gaya hidup sihat. makan kene jage. dan pantang terhadap soya dan kobis tetap aku jaga. supaya hormon thyroid xnaik tinggi lagi..

wassalam..

Trip ke Terengganu

Assalamualaikum..


Hai semua.. semoga sihat hendaknya.. Jumaat lepas bercuti ke terengganu. Melawat keluarga abg ipar yang kerja kat sana. Alhamdullillah perjalanan lancar. cuaca pun baik. Dan yang paling best dapat berkumpul bersama keluarga mentua. dan yg lagi best dapat makan macam-macam. haha.. gile naik berat badan bile duduk sana. hihi


Jumaat malam bertolak dari seremban (Rumah angah suami) perjalanan amik masa 8 jam jugak la. maklum la byk berhenti kat RnR. lagipun xde ape nak dikejarkan. kiteorang gerak dari seremban dalam pukul 10 malam.. sampai Paka, Terengganu dalam jam 6.30pagi.. Sampai je rumah along (abg ipar) masing2 kepenatan.. masing2 tido, mandi dan rehat.. petang disana kami jalan tepi pantai. SubhanaAllah cantik sgt pantai ciptaan Allah. nanti korang tgk gambar yeh. Sempat juga la makan sotong goreng tepung. Sumpah sedap! Sotong rase fresh sgt! lepas la gian nak mkn sotong goreng tepung kat terengganu.. malam tu kat umh along buat BBQ. best! sebab dpt makan ramai2.. borak2.. lame xjumpa kan.. mak dan ayah mentua la yg paling happy sbb dapat jumpe anak sulong kan.. :-)


Keesokannya selepas sarapan kami bertolak ke Pasar Payang kat kuala terengganu. Mak pesan beli kain batik. Macam biasa pasar payang ramai sangat orang. dengan keadaan yg agak panas, xdapat la nak survey lame utk cari kain batik yg murah. Lagipun risau anak meragam. Biasa la kalau bawe budak kecil ni kat tempat panas dan sesak mmg dorang biasa wat hal. aku xde la shopping byk sgt. Just kain batik dan sehelai baju anak2. selebihnya makanan je. Selesai di Pasar Payang, kami bertolak ke Bukit Tok Beng untuk borong keropok leko. Ramai yg kate sane sedap. bagi aku memang sedap. rase ikan penuh. yang menariknya kedai ni guna sistem nombor giliran. nampak tak betapa sedap dan famous nya tempat ni. siap guna nombor sbb menjadi tumpuan ramai. korang kalau datang terengganu singgah la kat kedai BTB yg terletak kat Bukit Tok Beng. pasti xmenyesal :-)


Ari ke-3.. dah nak balik dah. Rasa sekejap je kiteorang kat sana. Sebelum balik tu singgah rumah sepupu suami di kemaman. Dijamu nasi minyak utk lunch. sedap! lepas zohor dalam jam 3 baru la kami bertolak pulang.. kali ni guna jalan kampung utk balik. Jalan kampung ni memang jimat sebab xde tol. cume perjalanan jd agak panjang skit la.. dan menempuh lori yang besar2 bile ikut jalan kampung. Agak 'seram' bila tang memotong dgn lori2 yang ade. Alhamdulillah dalam pukul 10 mlm dah sampai Seremban. Ohye, kami xterus balik rumah tapi bermalam di umh angah kat seremban 2.. Esoknya selepas lunch baru bertolak balik kajang..

So next activity ialah Livinian Family Day kat Port Dickson 13hb-14hb Jun. So arapkan perjalanan lancar dan just happy2 je kat sana.  nanti ade mase kite story lagi ye..

Layan gambar dulu ok :-)