June 16, 2015

Konvoi Kajang Livina ke Paradise Spa Hotel, PD

Assalamualaikum semua

Semoga sihat-sihat ye. Tinggal lagi 2 ari je nak sambut Ramadan.. Semoga Ramadan thn ni kita dapat tambahkan ibadah utk tambah saham akhirat.. InsyaAllah..

Ni nak story aktiviti last weekend aritu. Join konvoi kajang livina (KALIV) Oh ye, aku dan suami join kaliv sejak bulan 5 aritu. Mula-mula join Pemilik Nissan Grand Livina (PNGL) kat Facebook. Actually saje join sbb nak dapat byk info mengenai kerete livina. Komuniti ni bagus sbb dorang share everything about Livina cars, maintenance, spare part dan sebagainya. Dan mereka di dlm komuniti sgt2 membantu jika ade sebarang pertanyaan atau kemusykilan. selepas join PNGL, dipecahkan pula ke bahagian lain dimana mengikut lokasi tempat tinggal. sebabkan kami duduk di Cheras, kajang so kami join la KALIV.. Group ni sgt aktif. biasa buat perjumpaan utk merapatkan ukhwah dan menambah kenalan baru yg kebanyakan mereka telah berkeluarga dan mempunyai anak. Memang seronok sbb dpt jumpe kwn2 baru dan info2 baru..Ok, tu serba sedikit info mengenai PNGL dan KALIV. sape2 yg menggunakan kerete Grand Livina tak kira baru atau lama boleh la join kami :-)

Ok, berbalik pada cerita Konvoi. Kami berkumpul pada jam 6.30pagi di RNR Seremban. Sebanyak 33 buah Livina dibawah KALIV Group mengikuti konvoi ke Paradise Spa Hotel, Port Dickson.
Jam 7.30 pagi, kami bergerak secara berkumpulan. Kumpulan A dan B. Bahagi dua kumpulan. Sebab bile berkonvoi ni xboleh panjang sgt. Aku pun xtau kenapa. mungkin itu adalah peraturan konvoi melibatkan kenderaan kot. Sampai Hotel dalam jam 8.30pg. dan kiteorang breakfast kat area hotel. Dan kemudiannya berjalan ke tepi pantai Port Dickson utk acara sukaneka. Ohye, dalam KALIV ni kite ade geng PAPA KALIV dan MAMA KALIV. So sukaneka anta PAPA dan MAMA KALIV. serta anak2 KALIV..


Sukaneka tamat dalam pukul 1. Lepas tu kiteorg lepak makan2 dan pukul 2 camtu check in Hotel. Aktiviti bebas sehingga 7.30ptg utk dinner. Suke sgt sbb aktiviti tak kelam kabut. Yela, kite dgn anak kecil lagi. kalau aktiviti kelam kabut memang xbest la kan.. Dinner Theme malam tu ialah Hawaii.
Xde la nak melaram sgt. yg penting bunga2 tu ada :-) setiap keluarga ada dapat hadiah sumbangan dari KALIV sendiri.. Family aku dapat set mangkuk sup. jadi la... rezeki kan.. hihi

Keesokan harinya pagi tu hujan lebat sangat. kalau ikutkan breakfast dari jam 7pg-10pg. lepastu ada taklimat dan sesi bergambar. sebab kan hujan, jadinya berkumpul jam 12tghari utk acara penutup. Balik pula masih dalam konvoi. tapi tak sebanyak mcm masa dtg sbb ade yg ke arah lain utk urusan persendirian.. Akhir sekali ape yg boleh aku simpulkan, kami kat KALIV ni sgt2 la berpuas hati dgn aktiviti yg dirancang dan alhamdulillah semua berjalan lancar. So lepas ni leh la plan konvoi lagi :-)


Ok, layan gambar2 ye... Bye..




No comments:

Post a Comment