June 5, 2015

Trip ke Terengganu

Assalamualaikum..


Hai semua.. semoga sihat hendaknya.. Jumaat lepas bercuti ke terengganu. Melawat keluarga abg ipar yang kerja kat sana. Alhamdullillah perjalanan lancar. cuaca pun baik. Dan yang paling best dapat berkumpul bersama keluarga mentua. dan yg lagi best dapat makan macam-macam. haha.. gile naik berat badan bile duduk sana. hihi


Jumaat malam bertolak dari seremban (Rumah angah suami) perjalanan amik masa 8 jam jugak la. maklum la byk berhenti kat RnR. lagipun xde ape nak dikejarkan. kiteorang gerak dari seremban dalam pukul 10 malam.. sampai Paka, Terengganu dalam jam 6.30pagi.. Sampai je rumah along (abg ipar) masing2 kepenatan.. masing2 tido, mandi dan rehat.. petang disana kami jalan tepi pantai. SubhanaAllah cantik sgt pantai ciptaan Allah. nanti korang tgk gambar yeh. Sempat juga la makan sotong goreng tepung. Sumpah sedap! Sotong rase fresh sgt! lepas la gian nak mkn sotong goreng tepung kat terengganu.. malam tu kat umh along buat BBQ. best! sebab dpt makan ramai2.. borak2.. lame xjumpa kan.. mak dan ayah mentua la yg paling happy sbb dapat jumpe anak sulong kan.. :-)


Keesokannya selepas sarapan kami bertolak ke Pasar Payang kat kuala terengganu. Mak pesan beli kain batik. Macam biasa pasar payang ramai sangat orang. dengan keadaan yg agak panas, xdapat la nak survey lame utk cari kain batik yg murah. Lagipun risau anak meragam. Biasa la kalau bawe budak kecil ni kat tempat panas dan sesak mmg dorang biasa wat hal. aku xde la shopping byk sgt. Just kain batik dan sehelai baju anak2. selebihnya makanan je. Selesai di Pasar Payang, kami bertolak ke Bukit Tok Beng untuk borong keropok leko. Ramai yg kate sane sedap. bagi aku memang sedap. rase ikan penuh. yang menariknya kedai ni guna sistem nombor giliran. nampak tak betapa sedap dan famous nya tempat ni. siap guna nombor sbb menjadi tumpuan ramai. korang kalau datang terengganu singgah la kat kedai BTB yg terletak kat Bukit Tok Beng. pasti xmenyesal :-)


Ari ke-3.. dah nak balik dah. Rasa sekejap je kiteorang kat sana. Sebelum balik tu singgah rumah sepupu suami di kemaman. Dijamu nasi minyak utk lunch. sedap! lepas zohor dalam jam 3 baru la kami bertolak pulang.. kali ni guna jalan kampung utk balik. Jalan kampung ni memang jimat sebab xde tol. cume perjalanan jd agak panjang skit la.. dan menempuh lori yang besar2 bile ikut jalan kampung. Agak 'seram' bila tang memotong dgn lori2 yang ade. Alhamdulillah dalam pukul 10 mlm dah sampai Seremban. Ohye, kami xterus balik rumah tapi bermalam di umh angah kat seremban 2.. Esoknya selepas lunch baru bertolak balik kajang..

So next activity ialah Livinian Family Day kat Port Dickson 13hb-14hb Jun. So arapkan perjalanan lancar dan just happy2 je kat sana.  nanti ade mase kite story lagi ye..

Layan gambar dulu ok :-)


No comments:

Post a Comment