July 27, 2015

Ceritera Raya 2015

Assalammualaikum semua...


Selamat hari raya :-)  Arini baru start keje. Mood kelaut sbb dah lame benor cuti. haha..
Raya tahun ni biasa jela.. Ada suka ada duka.. tapi lebih suka lagi dari duka... Alhamdulillah..

Dua ari sebelum raya dah berada kat umah family mertua kat Masjid Tanah.. Tahun ni memang turn raya kat melaka. Menu pagi raya memang kebabommmm.. Yang paling meletops ialah Pulut periuk kera. pastu ade gak rendang daging campur paru, ada kari itik, masak lodeh, dan sup tulang serta nasi impit.. Menu raya kedua pula ialah soto. Menu raya ke3 laksa dan menu raya ke4 rendang itik dan nasi impit. Memang raya utk bergembira dan makan.. so makan jela time raya tu. membulat la perut ku yg bulat ni..haha.. Ini kan raya :-D

Aktiviti malam raya. Lepas berbuka puasa, budak2 dan bapak budak main bunga api. bunyi mercun sana sini. Memang meriah. Hidangan utk pagi raya dah siap. So kaum hawa mase tu sibuk pulak bergosip..kihkih... Borak2 dgn ipar duai.. pastu gosok baju raya dan kul 11 malam kiteorang merayap ke Kelebang. Situ ade jualan runtuh sbb esok tu raya kan.. Memandangkan dah xde keje nak buat, kami ipar duai keluarla cari barang2.. Memang ramai, riuh dan kecoh betul suasana malam raya baik di dalam rumah mahupun kat luar rumah.. Esok kan raya.. hihi..


Pagi raya pula, ke masjid utk solat raya. majoriti kaum bapa la yg gi masjid. kaum ibu sibuk uruskan anak2 (maklumla anak2 kecik lg) dan sibuk kat dapur utk siapkan hidangan yg meriah tu.. :-) lepas balik masjid, sesi bersalam-salaman pula.. dan kemudian sesi bergambar.. Masa sesi bergambar tu, Ujan turun agak lebat.. Syukran.. tapi sekejap je.. tghari dah panas terik semula... Raya pertama kat kampung tak byk jalan sebab ramai tetamu datang rumah mak mertua. sebab rumah mak tu rumah tua (maknanya rumah arwah nenek suami yg mana semua saudara mara akan dtg berkunjung) belah petang skit baru la dpt bwe anak2 beraya rumah saudara mara suami.. Memang seronok sgt bile beraya kat kampung sebab suasana dia berbeza dgn beraya di bandar. Ok, tu je setakat ni.. Jom layan gambar..


**Tema kaler thn ni mama papa kaler grey dan girls kaler campur2.. oh ye, thn ni ramai pakai jubah.. cantik-cantik belaka! :-)

Bye..


July 15, 2015

Kosong Kosong

Assalamualaikum semua..


Ramadan ke 28 arini.. semakin dekat syawal menjelma.. sedih pula bile ramadan akan pergi.. entah dapat bertemu semula ramadan tahun depan.. semoga dipanjangkan usia kita.. aamiin..

Cuti raya aku amik seminggu start dari esok smpai la 27hb...saje je nak rest lebih sikit.. boleh la handle kakak gi sekolah minggu depan.. Raya tahun ni giliran sebelah suami kat masjid tanah, melaka. InsyaAllah malam ni kami bertolak. Korang doa kan semoga selamat sampai yeh. :-)

Dikesempatan ini nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA kpd semua readers. Maaf jika sepanjang coretan ada yg terguris perasaan. Maaf zahir dan batin.. Semoga lebaran thn ni memberi seribu makna dan gembira hendaknya.. Jumpe lagi kite lepas raya lepas mood nak berceloteh tu dtg balik yeh.. haha..


Bye... Salam Lebaran 2015...

July 6, 2015

Ramadan 18, Iftar bersama keluarga abah

Assalamualaikum readers... Ramadan ke 19 sudah arini...

Semalam iftar bersama-sama adik beradik abah. yg datang 4 keluarga. Ramai dan meriah sungguh. seronok abah tengok adik beradik dia datang iftar bersama tahun ni. Dengan juadah berbuka yg banyak. Alhamdulillah rezeki memasing kan.. :-)

Pukul 1petang lagi mak dan abah dah pergi memborong brg basah kat econsave, Balakong. Beli ayam, daging, ikan, buah2 dan sayur. petang tu abah siap gi beli durian. nampak tak excited nye dia kan.. hihi.. bukan selalu adik beradik dpt berkumpul camni. Itu la dia hikmah dan rahmat Ramadan, yg mana mulia nya bulan ini... syukur alhamdulillah...

Menu mak aritu daging masak kicap, terung masak pajeri, gulai tempoyak ikan kembung, ayam masak berempah, tomyam ayam (yg ni aku masak.. sedap? boleh la...haha) pastu ade la bendi rebus, sambal belacan dan buah-buahan... Rumah mak abah kecik je. rumah flat. tapi alhamdulillah muat ko. memang penuh la. ibarat bile dah duduk ko jangan la bangun sebab makanan penuh dpn korang...haha... rezeki jamu orang.. syukur syukur..

Lepas berbuka mak bawe makwan (satu satunya nenek yg aku ada. abah punya mak. Alhamdulillah masih sihat :-) pergi solat terawih. Kat area rumah aku terawih dalam 8 rakaat je. Dalam jam 10.30 semua tetamu beransur pulang. seronok dapat borak2. rasa mcm lame je  tak jumpe pakcik makcik ku :-)

Sememangnya ramadan memang penuh rahmat disamping dapat mengukuhkan lagi hubungan kami sekeluarga. Syukur Ya Allah. Kerana mu kami bersatu... Alhamdulillah...

July 3, 2015

Salam Ramadhan ke 16

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, dah masuk ramadan ke 16 dah.. cepat betul masa berlalu. dan semakin hampir juga la ramadhan akan tinggalkan kite :-( dan menjelma la bulan Syawal :-)

Raya tahun ni serba sederhana saja. Tahun ni dapat beraya kat melaka, kampung suami kat masjid tanah. InsyaAllah dua ari sebelum raya dah bertolak ke kampung. Sedih gak la xdapat beraya dgn mak abah kat Cheras. Nak wat camne.. kne la take turn. ye dak :-)

Setiap tahun aku buat peruntukan utk bantu mak abah buat persiapan raya. Mana yg mampu je..Beli baju raya mak, abah dan adik bongsu. Paling gembira bila dapat beli baju raya mak dan abah. Mereka happy, aku lagi la happy.. Syukur masih ade rezeki utk aku bantu keluarga.. Masa kecik mak abah belikan baju raya kita, bila dah besar ni giliran kita pula la kan.. Berkat tu bile gembirakan hati org tua :-) InsyaAllah..

Aku apply cuti seminggu selepas raya. Terus amik block leave. Boleh jage anak2 lepas balik dari kg. Boleh la bagi mak rehat sekejap.. Ohye, ni tahun pertama berpuasa sebagai pesakit hyperthyroid. Walaupun paras hormon dan stabil tapi masih berjaga2. Sehari sebelum puasa aritu aku pergi klinik utk amik ubat Carbimazole utk stock sebulan. Doktor sempat check tekanan darah, jantung dan cucuk sikit amik darah utk periksa tahap gula dalam darah. Tekanan darah cantik, degupan jantung juga normal tapi paras gula agak rendah. Bacaan 3.7 je.. Paras normal 3.8.. Doktor nasihatkan selagi takde pening atau nak pitam boleh la teruskan berpuasa. Alhamdulillah setakat ni masih gagah berpuasa. Moga2 terus gagah utk teruskan ibadat ini.. Aamiin..


Okla, nanti kite story lagi ye.. Salam Ramadhan semua.. Semoga ibadah kite diberkati Allah.. Aamiin.


Ni abah kite.. tgh cube baju raya.. tema baju abah mak thn ni warna hijau... :-)