July 27, 2015

Ceritera Raya 2015

Assalammualaikum semua...


Selamat hari raya :-)  Arini baru start keje. Mood kelaut sbb dah lame benor cuti. haha..
Raya tahun ni biasa jela.. Ada suka ada duka.. tapi lebih suka lagi dari duka... Alhamdulillah..

Dua ari sebelum raya dah berada kat umah family mertua kat Masjid Tanah.. Tahun ni memang turn raya kat melaka. Menu pagi raya memang kebabommmm.. Yang paling meletops ialah Pulut periuk kera. pastu ade gak rendang daging campur paru, ada kari itik, masak lodeh, dan sup tulang serta nasi impit.. Menu raya kedua pula ialah soto. Menu raya ke3 laksa dan menu raya ke4 rendang itik dan nasi impit. Memang raya utk bergembira dan makan.. so makan jela time raya tu. membulat la perut ku yg bulat ni..haha.. Ini kan raya :-D

Aktiviti malam raya. Lepas berbuka puasa, budak2 dan bapak budak main bunga api. bunyi mercun sana sini. Memang meriah. Hidangan utk pagi raya dah siap. So kaum hawa mase tu sibuk pulak bergosip..kihkih... Borak2 dgn ipar duai.. pastu gosok baju raya dan kul 11 malam kiteorang merayap ke Kelebang. Situ ade jualan runtuh sbb esok tu raya kan.. Memandangkan dah xde keje nak buat, kami ipar duai keluarla cari barang2.. Memang ramai, riuh dan kecoh betul suasana malam raya baik di dalam rumah mahupun kat luar rumah.. Esok kan raya.. hihi..


Pagi raya pula, ke masjid utk solat raya. majoriti kaum bapa la yg gi masjid. kaum ibu sibuk uruskan anak2 (maklumla anak2 kecik lg) dan sibuk kat dapur utk siapkan hidangan yg meriah tu.. :-) lepas balik masjid, sesi bersalam-salaman pula.. dan kemudian sesi bergambar.. Masa sesi bergambar tu, Ujan turun agak lebat.. Syukran.. tapi sekejap je.. tghari dah panas terik semula... Raya pertama kat kampung tak byk jalan sebab ramai tetamu datang rumah mak mertua. sebab rumah mak tu rumah tua (maknanya rumah arwah nenek suami yg mana semua saudara mara akan dtg berkunjung) belah petang skit baru la dpt bwe anak2 beraya rumah saudara mara suami.. Memang seronok sgt bile beraya kat kampung sebab suasana dia berbeza dgn beraya di bandar. Ok, tu je setakat ni.. Jom layan gambar..


**Tema kaler thn ni mama papa kaler grey dan girls kaler campur2.. oh ye, thn ni ramai pakai jubah.. cantik-cantik belaka! :-)

Bye..


No comments:

Post a Comment