July 6, 2015

Ramadan 18, Iftar bersama keluarga abah

Assalamualaikum readers... Ramadan ke 19 sudah arini...

Semalam iftar bersama-sama adik beradik abah. yg datang 4 keluarga. Ramai dan meriah sungguh. seronok abah tengok adik beradik dia datang iftar bersama tahun ni. Dengan juadah berbuka yg banyak. Alhamdulillah rezeki memasing kan.. :-)

Pukul 1petang lagi mak dan abah dah pergi memborong brg basah kat econsave, Balakong. Beli ayam, daging, ikan, buah2 dan sayur. petang tu abah siap gi beli durian. nampak tak excited nye dia kan.. hihi.. bukan selalu adik beradik dpt berkumpul camni. Itu la dia hikmah dan rahmat Ramadan, yg mana mulia nya bulan ini... syukur alhamdulillah...

Menu mak aritu daging masak kicap, terung masak pajeri, gulai tempoyak ikan kembung, ayam masak berempah, tomyam ayam (yg ni aku masak.. sedap? boleh la...haha) pastu ade la bendi rebus, sambal belacan dan buah-buahan... Rumah mak abah kecik je. rumah flat. tapi alhamdulillah muat ko. memang penuh la. ibarat bile dah duduk ko jangan la bangun sebab makanan penuh dpn korang...haha... rezeki jamu orang.. syukur syukur..

Lepas berbuka mak bawe makwan (satu satunya nenek yg aku ada. abah punya mak. Alhamdulillah masih sihat :-) pergi solat terawih. Kat area rumah aku terawih dalam 8 rakaat je. Dalam jam 10.30 semua tetamu beransur pulang. seronok dapat borak2. rasa mcm lame je  tak jumpe pakcik makcik ku :-)

Sememangnya ramadan memang penuh rahmat disamping dapat mengukuhkan lagi hubungan kami sekeluarga. Syukur Ya Allah. Kerana mu kami bersatu... Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment