July 3, 2015

Salam Ramadhan ke 16

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, dah masuk ramadan ke 16 dah.. cepat betul masa berlalu. dan semakin hampir juga la ramadhan akan tinggalkan kite :-( dan menjelma la bulan Syawal :-)

Raya tahun ni serba sederhana saja. Tahun ni dapat beraya kat melaka, kampung suami kat masjid tanah. InsyaAllah dua ari sebelum raya dah bertolak ke kampung. Sedih gak la xdapat beraya dgn mak abah kat Cheras. Nak wat camne.. kne la take turn. ye dak :-)

Setiap tahun aku buat peruntukan utk bantu mak abah buat persiapan raya. Mana yg mampu je..Beli baju raya mak, abah dan adik bongsu. Paling gembira bila dapat beli baju raya mak dan abah. Mereka happy, aku lagi la happy.. Syukur masih ade rezeki utk aku bantu keluarga.. Masa kecik mak abah belikan baju raya kita, bila dah besar ni giliran kita pula la kan.. Berkat tu bile gembirakan hati org tua :-) InsyaAllah..

Aku apply cuti seminggu selepas raya. Terus amik block leave. Boleh jage anak2 lepas balik dari kg. Boleh la bagi mak rehat sekejap.. Ohye, ni tahun pertama berpuasa sebagai pesakit hyperthyroid. Walaupun paras hormon dan stabil tapi masih berjaga2. Sehari sebelum puasa aritu aku pergi klinik utk amik ubat Carbimazole utk stock sebulan. Doktor sempat check tekanan darah, jantung dan cucuk sikit amik darah utk periksa tahap gula dalam darah. Tekanan darah cantik, degupan jantung juga normal tapi paras gula agak rendah. Bacaan 3.7 je.. Paras normal 3.8.. Doktor nasihatkan selagi takde pening atau nak pitam boleh la teruskan berpuasa. Alhamdulillah setakat ni masih gagah berpuasa. Moga2 terus gagah utk teruskan ibadat ini.. Aamiin..


Okla, nanti kite story lagi ye.. Salam Ramadhan semua.. Semoga ibadah kite diberkati Allah.. Aamiin.


Ni abah kite.. tgh cube baju raya.. tema baju abah mak thn ni warna hijau... :-)

No comments:

Post a Comment