August 11, 2015

Multifunction lunch box

Assalamualaikum...


Minggu lepas beli multifunction lunch box kat Lazada. Semalam baru dapat. Actually dah usha lama dah benda alah ni. Cume nak beli tu tak lagi sebab nak survey. Punya la lama nak survey, minggu lepas baru terbuka hati mengOrder.. hikhik..

Memang best benda alah ni. Siap boleh masak nasi, masak lauk, stim telur, pau dan lain-lain. Kecik je saiz dia. muat dlm 1.2liter je.. jadi la... beli pun untuk masak kat opis. tapi masak kat sini bukan la nak kene bawe kuali, minyak bagai tu.. Lunch box ni lebih kepada masakan steam atau rebus2 je.. Jadi la kan.. kate nak diet. ahaks.

Firstly, arini aku try masak nasi dgn kari ikan. satu opis berbau. gile ar.. nasib la aku ada bilik sendiri. Tutup pintu ler. Pandai2 la kan.. Tapi kecoh gak la budak2 opis ni. Bukan ape, dorang teruja. Sebab boleh masak nasi. Siap kate dia pun nak beli gak. haha.. Promote la lazada kat dorang.. sapa2 yang nak, ni link dia.. http://www.lazada.com.my/catalog/?q=multifunction+lunch+box

Pakat2 la beli. Leh jimatkan uwang. dan terjamin la kebersihannya sebab kite yg masak kan... hihi.. Harga pun tak mahal. Aku beli dlm RM45 je.. Mampu ke dak? hihi.. Terpulang la. kalau pandai survey ade lagi yg murah :-)


Ohye, benda alah ni aku beli dua tingkat je. Ade gak dorang jual 3 tingkat. Yang ats aku masak nasi, yg bawah aku masak lauk. Jadi la.. Sebab makan sorang je kan.. Pastu dlm drawer dah siap dan bekas garam, rempah, kiub dgn beras. Nampak tak betapa excited nye aku... Muahahaha.. Tengok la berapa lame aku rajin nak masak kat opis. Biasa la benda baru kan... Haha.. Bila nak masak, stanby bawe bahan mentah kat umh. ikan atau ayam dah siap potong. kalau leh potong kecik sikit. senang dan cepat masak. pastu sampai je opis masuk je bahan2 dan on suis. Biar dalam 30-40 minit, masak la nasi dgn lauk korang.. lagipun kalau korang ade lebihan lauk masak kat rumah kan, esok nye korang tapau bawe kat opis. Pastu panaskan je.. kan senang dan jimat..  makan lak panas-panas during lunch time. syok tu...

Rugi la aku tak beli awal2 benda alah ni.. haha.. sebab aku rajin tapau makanan dari umah. Biasa belasah je lauk sejuk. huhu

Ok la, layan pictures yeh.. Bye... Assalamualaikum... :-)


August 10, 2015

Masak-masak : AYAM PANGGANG

Assalamualaikum..

Arini dah ari isnin.. Camne weekend korang? Arap semua lalui weekend yg cukup indah bersama keluarga..

Weekend aku duduk rumah layan suami dan anak-anak dara ku..kebetulan ari ahad en. suami cuti. Dah plan nak masak apa utk sabtu ahad tu.. Ayam panggang.. Actually hujung bulan ni my family in law nak datang rumah. So tengah duk pk nak jamu tetamu makan ape nanti. Tibe-tibe teringat nak buat ayam panggang utk tetamu nanti. So aku bgtau encik suami. Dia ok je.. So, sebelum bagi tetamu rasa, tuan rumah kene try buat dulu. Dah la first time nak wat ayam panggang. Ayam panggang masak seekor dalam oven. Biasa masak ayam panggang dah kerat2 punya. masak dalam pemanggang ajaib..kali ni lain sikit.. So, debar la juga...first time kan.. hikhik

So, ni resepi aku setelah teroka alam google. time kasih en. google :-)

Bahan utk perapan:

2 tangkai serai *dikisar
2 inci halia *dikisar
2 biji bawang bsr *dikisar
5 ulas bawang kecil *dikisar
Satu sudu bsr serbuk jintan manis
Satu sudu bsr sos tiram
Satu sudu besar garam
Satu sudu bsr secukup rasa
Satu sudu bsr gula

**Dah kisar bahan yg perlu dikisar, gaul sebati.

Bersihkan ayam seekor. Make sure bersihkan bahagian dalam ayam betul2. Korek la segala bagai isi dlm ayam tu. Dah puas ati baru la korang sapu/lumur ayam dengan bahan perapan tadi. kemudian perap dlm sejam atau lebih. Suke ati. Semalaman pun xpe. lagi sedap.

Pastu panaskan oven suhu 180 darjah Celsius dan masak selama 45 minit. Lepas tu korang hidang la dengan salad dan apa saje sayur yg korang suke.. Pastu leh la makan panas-panas.. banyak pulak lepas tu dlm entri arini..kihkih

Ok, jom layan gambar.. Selamat mencube ye korang..

August 6, 2015

Syaurah ku sayang

Assalamualaikum semua..


Syahidah Nursyaurah.. Anak aku no. 2. Manja? Sangat... anak bongsu kan... Bulan februari lepas umur 3 tahun. Saja nak cite pasal budak kecik ni... Masuk umur 3 tahun je perangai lain macam.. First thing yang berlaku dia tak nak minum susu. Biasa dia minum susu Anmum. Bermula taknak minum susu bila aku cuti. Tapi bile opah dia jage, ok je dia minum susu.. Lepas je kes insiden masuk wad masa demam dan batuk teruk aritu, terus taknak minum susu langsung walaupun opah yang buatkan. Pening kepala fikir cara nak bagi dia minum susu balik. Sampai la sekarang memang taknak. Asal nampak air kaler susu je dia kate 'yekkkk'..even aku try bg susu coklat pun dia tolak. Mama susah ati dik ooi....

Bermula juga umur 3 tahun ni, tantrum pulak... budak memang terkenal dengan tantrum. Yg xtau ape tu tantrum, meh aku citer sikit..

TANTRUM :

Emosi yang diluahkan oleh kanak-kanak dan ia boleh berlaku seawal usia sembilan bulan hingga setahun. Anak kecil ini tidak tahu bagaimana untuk memberitahu & mereka tidak tahu cara untuk mengendalikan perasaan ini.


Masalah ini dapat ditangani dengan pendekatan secara konsisten dan ia akan kurang atau hilang dengan sendiri apabila usia mencecah tiga hingga empat tahun. Dari sudut psikologi, kanak-kanak meluahkan tantrum kerana mereka ingin menjadi lebih berdikari. Jika mampu, mereka mahu memakai baju sendiri, makan sendiri dan menjadi kecewa bila tidak berupaya melakukannya.

**terima kasih en. google atas pengertian Tantrum diatas**


Itu la yg terjadi sekarang. Asal ada je tak kena memang cepat la si adik mengamuk. Kadang sampai aku dan suami tak tau camne nak pujuk. Bila tantrum berlaku, syaurah akan menangis tak berhenti. Dan dia akan mengamuk seperti ada saja yg xkena. cth nya, bile time dia ngamuk tu, dia akan minta sesuatu. Bile aku bagi, dia akan cakap taknak. Dan minta pula benda lain. Dan sekali lagi aku turutkan. Tapi bile bagi dia cakap taknak dan diulangi semula minta benda lain. Memang menguji kesabaran betul tau... Serius! sampai aku menangis depan dia tanye adik kenapa, adik nak mama buat ape?
Dan tantrum dia kadang berterusan selama sejam atau lebih! Ya Allah, xpernah pulak mama diberi 'Ujian' sebegini semasa Qalesya kecik..Dugaan betul... Tapi alhamdulillah syaurah tak pernah tantrum bile berada kat luar rumah cth masa gi shopping atau riadah. Tantrum dia selalu kat rumah je.. Syukur la nak ooi... kadang sampai mama taknak layan awak mase angin ribut taufan awak tu dtg..haha

Cara aku atasi tantrum? Kadang menjadi, kadang tidak. Ikut nasib la...

1) Bagitau dia aku sayang dia.  (Dia jawab 'tak sayang mama') 
2) Tanya dia adik nak apa dan kenapa.
3) Peluk dia. (Dia berkeras tolak aku supaya tak peluk dia)
4) Baca ayat kursi dan istigfar.
5) Ikutkan apa yg dipinta. Ni la yg menguji tahap kesabaran ku..hihi
6) Kadang aku marah dia. Memang dia kuat lagi mengamuk. So cara ni tak boleh langsung.
7) Dukung dia, basuh muke dia. Kadang mandi kan terus bagi sejuk sikit jiwa dia. Ini kadang berhasil. 
8) Cakap slow dengan dia. Ini berjaya bile dah hampir sejam dia mengamuk. I guess dia dah penat dan akan senang dipujuk
9) Borak2 dengan dia. Bile nampak dia dah cool sikit, aku tanye dia mcm2 supaya dpt aleh perhatian.

Itu la cara aku layan kerenah syaurah..Setiap orang lain cara nya.. Dan hanya kita yang lebih paham dan kenal perangai anak kite kan...ohye, lagi satu ni dia susah nak makan nasi. Dia lebih suke makan mee dan bubur. Takpe la adik, yang penting adik kenyang. Ok la, tu jela nak cite arini.. nanti esok2 kite borak2 lagi yeh.. Bye.. Assalamualaikum..


** Walau ape pun mama tetap sayang anak-anak mama. And i will be missed that moment bila awak dan besar nanti...sob sob... 






August 4, 2015

Celoteh

Assalamualaikum..

Jimat-jimat... Dengan keadaan ekonomi sekarang kene jimat cermat.. Walaupun suami isteri kerja belum tentu cukup untuk menampung perbelanjaan. kadang masa nak menyimpan ada je nak kene dikeluarkan.. Dugaan..


Tiap-tiap bulan bila suami gaji (dia gaji beberapa hari awal dari aku) aku dah asingkan dan tolong buatkan bayaran bil bulanan dari gaji dia. Segala bil spt astro, eletrik, maxis, bayaran bulanan tadika anak sulung, kereta dan tak lupa duit belanja mak mentua kat kampung..Semua bayaran melalui online. skang kan dunia di hujung jari.. click je dah settle.. mudah kan..  lepas tolak semua tu aku just bgtau kat suami berapa baki yg tinggal dan selebihnya itu aku biar dia yg uruskan.. duit dia, hak dia. penat dia bkerja kan.. aku paham sbb aku pun bkerja juga.. aku tak kongkong dan control duit dia..


Bile tibe gaji aku pula, aku akan settle kan bahagian aku. Yang pasti duit belanja mak. Itu yg wajib. Alhamdulillah setakat ni cukup makan dan pakai. Cuma agak menyedihkan dengan keaadaan semasa. Bile beli barang dapur, harga kemain naik. Kalau dulu budget beli brg dapur utk sebulan dalam rm250-300 tapi sekarang cecah rm 450. gile kan? Semua harga naik. Dengan GST lagi.. Kadang2 kenangkan apa la nasib generasi kita yg akan datang. Macammana agaknya mereka ketika itu.. Dan juga kenangkan nasib mereka yang kurang kemampuan dari kite. Allahuakbar. Sedih sangat. Bile kita rasa susah masih ade yg susah dari kita..Semoga kita semua tabah harungi dugaan hidup. Dan berjimatla dari sekarang. Kurangkan la pergi bercuti. kalau nak bercuti pun, take consideration of cost. Tapi bile dikenangkan kesian pulak kat anak2 kan..lame tak bercuti..Dilema la kite sebagai ibu dan bapa..


**Tibe2 teringat balik offer keje tempat lain. Dengan gaji baru serta position yg baru.. Masih memikirkan samada nak terima offer tu atau tidak. Banyak benda yg ada dlm pikiran ni. I don't know whether i can do it or not. Bukan senang wey! semoga aku diberi petunjuk dari Nya... Amin...


Wassalam...

August 3, 2015

Ber BBQ di musim raya

Assalamualaikum semua..


Sihat ke? mudah-mudahan semua sihat belaka..

Ni cerita sabtu lepas. Beraya di rumah makcik (adik emak) kat sungai buloh. Alang2 beraya terus plan buat bbq dan bermalam kat sana. Kali ke-2 ber bbq di rumah makcik. tapi kali ni meriah sikit sebab seorang lagi makcik dan keluarga nya join kiteorang..

Sabtu tengah ari dalam pukul 3 gerak dari cheras. Sebelum tu singgah econsave beli barang bbq sikit. Kami sampai rumah makcik dalam pukul 5.15ptg. Jalan tak berapa jem dan hujan sekejap kat highway.

Start buat bara dalam pukul 8 malam.. start membakar jam 8.30 mlm camtu. lepas tu start makan pukul 9.30 malam. Ayam marinate memang sedap! 2 ekor aku marinate dgn rempah bagai. marinate dari ari jumaat malam. so terasa kelazatan nye.. hingga menjilat jari. angkat bakul! haha
Family makcik lagi satu pun bawe ayam seekor siap dah di marinate kan. sedap juga! tu memang dpt pujian.. hihi

Lepas bbq, lepak2 borak2, tengok tv.. pastu tido.. maklum la perut dah kenyang.. mata pun kuyu ler.. Selesai panggang memanggang lak ujan turun.. mak ai, sejuk ler malam tu. hihi.. tido lena sampai ke pagi..

Esoknye lepas sarapan balik ler.. xde la lame sgt kan.. sebab laki i tak join. dia keje malam tu. kesian lak dia kat umah menunggu... sorry cik abg.. lain kali amik cuti kite plan lagi ye.. :-)

Ok, layan gambar.. biar gambar berbicara... haha...

Assalamualaikum...