August 4, 2015

Celoteh

Assalamualaikum..

Jimat-jimat... Dengan keadaan ekonomi sekarang kene jimat cermat.. Walaupun suami isteri kerja belum tentu cukup untuk menampung perbelanjaan. kadang masa nak menyimpan ada je nak kene dikeluarkan.. Dugaan..


Tiap-tiap bulan bila suami gaji (dia gaji beberapa hari awal dari aku) aku dah asingkan dan tolong buatkan bayaran bil bulanan dari gaji dia. Segala bil spt astro, eletrik, maxis, bayaran bulanan tadika anak sulung, kereta dan tak lupa duit belanja mak mentua kat kampung..Semua bayaran melalui online. skang kan dunia di hujung jari.. click je dah settle.. mudah kan..  lepas tolak semua tu aku just bgtau kat suami berapa baki yg tinggal dan selebihnya itu aku biar dia yg uruskan.. duit dia, hak dia. penat dia bkerja kan.. aku paham sbb aku pun bkerja juga.. aku tak kongkong dan control duit dia..


Bile tibe gaji aku pula, aku akan settle kan bahagian aku. Yang pasti duit belanja mak. Itu yg wajib. Alhamdulillah setakat ni cukup makan dan pakai. Cuma agak menyedihkan dengan keaadaan semasa. Bile beli barang dapur, harga kemain naik. Kalau dulu budget beli brg dapur utk sebulan dalam rm250-300 tapi sekarang cecah rm 450. gile kan? Semua harga naik. Dengan GST lagi.. Kadang2 kenangkan apa la nasib generasi kita yg akan datang. Macammana agaknya mereka ketika itu.. Dan juga kenangkan nasib mereka yang kurang kemampuan dari kite. Allahuakbar. Sedih sangat. Bile kita rasa susah masih ade yg susah dari kita..Semoga kita semua tabah harungi dugaan hidup. Dan berjimatla dari sekarang. Kurangkan la pergi bercuti. kalau nak bercuti pun, take consideration of cost. Tapi bile dikenangkan kesian pulak kat anak2 kan..lame tak bercuti..Dilema la kite sebagai ibu dan bapa..


**Tibe2 teringat balik offer keje tempat lain. Dengan gaji baru serta position yg baru.. Masih memikirkan samada nak terima offer tu atau tidak. Banyak benda yg ada dlm pikiran ni. I don't know whether i can do it or not. Bukan senang wey! semoga aku diberi petunjuk dari Nya... Amin...


Wassalam...

No comments:

Post a Comment