August 10, 2015

Masak-masak : AYAM PANGGANG

Assalamualaikum..

Arini dah ari isnin.. Camne weekend korang? Arap semua lalui weekend yg cukup indah bersama keluarga..

Weekend aku duduk rumah layan suami dan anak-anak dara ku..kebetulan ari ahad en. suami cuti. Dah plan nak masak apa utk sabtu ahad tu.. Ayam panggang.. Actually hujung bulan ni my family in law nak datang rumah. So tengah duk pk nak jamu tetamu makan ape nanti. Tibe-tibe teringat nak buat ayam panggang utk tetamu nanti. So aku bgtau encik suami. Dia ok je.. So, sebelum bagi tetamu rasa, tuan rumah kene try buat dulu. Dah la first time nak wat ayam panggang. Ayam panggang masak seekor dalam oven. Biasa masak ayam panggang dah kerat2 punya. masak dalam pemanggang ajaib..kali ni lain sikit.. So, debar la juga...first time kan.. hikhik

So, ni resepi aku setelah teroka alam google. time kasih en. google :-)

Bahan utk perapan:

2 tangkai serai *dikisar
2 inci halia *dikisar
2 biji bawang bsr *dikisar
5 ulas bawang kecil *dikisar
Satu sudu bsr serbuk jintan manis
Satu sudu bsr sos tiram
Satu sudu besar garam
Satu sudu bsr secukup rasa
Satu sudu bsr gula

**Dah kisar bahan yg perlu dikisar, gaul sebati.

Bersihkan ayam seekor. Make sure bersihkan bahagian dalam ayam betul2. Korek la segala bagai isi dlm ayam tu. Dah puas ati baru la korang sapu/lumur ayam dengan bahan perapan tadi. kemudian perap dlm sejam atau lebih. Suke ati. Semalaman pun xpe. lagi sedap.

Pastu panaskan oven suhu 180 darjah Celsius dan masak selama 45 minit. Lepas tu korang hidang la dengan salad dan apa saje sayur yg korang suke.. Pastu leh la makan panas-panas.. banyak pulak lepas tu dlm entri arini..kihkih

Ok, jom layan gambar.. Selamat mencube ye korang..

No comments:

Post a Comment