August 6, 2015

Syaurah ku sayang

Assalamualaikum semua..


Syahidah Nursyaurah.. Anak aku no. 2. Manja? Sangat... anak bongsu kan... Bulan februari lepas umur 3 tahun. Saja nak cite pasal budak kecik ni... Masuk umur 3 tahun je perangai lain macam.. First thing yang berlaku dia tak nak minum susu. Biasa dia minum susu Anmum. Bermula taknak minum susu bila aku cuti. Tapi bile opah dia jage, ok je dia minum susu.. Lepas je kes insiden masuk wad masa demam dan batuk teruk aritu, terus taknak minum susu langsung walaupun opah yang buatkan. Pening kepala fikir cara nak bagi dia minum susu balik. Sampai la sekarang memang taknak. Asal nampak air kaler susu je dia kate 'yekkkk'..even aku try bg susu coklat pun dia tolak. Mama susah ati dik ooi....

Bermula juga umur 3 tahun ni, tantrum pulak... budak memang terkenal dengan tantrum. Yg xtau ape tu tantrum, meh aku citer sikit..

TANTRUM :

Emosi yang diluahkan oleh kanak-kanak dan ia boleh berlaku seawal usia sembilan bulan hingga setahun. Anak kecil ini tidak tahu bagaimana untuk memberitahu & mereka tidak tahu cara untuk mengendalikan perasaan ini.


Masalah ini dapat ditangani dengan pendekatan secara konsisten dan ia akan kurang atau hilang dengan sendiri apabila usia mencecah tiga hingga empat tahun. Dari sudut psikologi, kanak-kanak meluahkan tantrum kerana mereka ingin menjadi lebih berdikari. Jika mampu, mereka mahu memakai baju sendiri, makan sendiri dan menjadi kecewa bila tidak berupaya melakukannya.

**terima kasih en. google atas pengertian Tantrum diatas**


Itu la yg terjadi sekarang. Asal ada je tak kena memang cepat la si adik mengamuk. Kadang sampai aku dan suami tak tau camne nak pujuk. Bila tantrum berlaku, syaurah akan menangis tak berhenti. Dan dia akan mengamuk seperti ada saja yg xkena. cth nya, bile time dia ngamuk tu, dia akan minta sesuatu. Bile aku bagi, dia akan cakap taknak. Dan minta pula benda lain. Dan sekali lagi aku turutkan. Tapi bile bagi dia cakap taknak dan diulangi semula minta benda lain. Memang menguji kesabaran betul tau... Serius! sampai aku menangis depan dia tanye adik kenapa, adik nak mama buat ape?
Dan tantrum dia kadang berterusan selama sejam atau lebih! Ya Allah, xpernah pulak mama diberi 'Ujian' sebegini semasa Qalesya kecik..Dugaan betul... Tapi alhamdulillah syaurah tak pernah tantrum bile berada kat luar rumah cth masa gi shopping atau riadah. Tantrum dia selalu kat rumah je.. Syukur la nak ooi... kadang sampai mama taknak layan awak mase angin ribut taufan awak tu dtg..haha

Cara aku atasi tantrum? Kadang menjadi, kadang tidak. Ikut nasib la...

1) Bagitau dia aku sayang dia.  (Dia jawab 'tak sayang mama') 
2) Tanya dia adik nak apa dan kenapa.
3) Peluk dia. (Dia berkeras tolak aku supaya tak peluk dia)
4) Baca ayat kursi dan istigfar.
5) Ikutkan apa yg dipinta. Ni la yg menguji tahap kesabaran ku..hihi
6) Kadang aku marah dia. Memang dia kuat lagi mengamuk. So cara ni tak boleh langsung.
7) Dukung dia, basuh muke dia. Kadang mandi kan terus bagi sejuk sikit jiwa dia. Ini kadang berhasil. 
8) Cakap slow dengan dia. Ini berjaya bile dah hampir sejam dia mengamuk. I guess dia dah penat dan akan senang dipujuk
9) Borak2 dengan dia. Bile nampak dia dah cool sikit, aku tanye dia mcm2 supaya dpt aleh perhatian.

Itu la cara aku layan kerenah syaurah..Setiap orang lain cara nya.. Dan hanya kita yang lebih paham dan kenal perangai anak kite kan...ohye, lagi satu ni dia susah nak makan nasi. Dia lebih suke makan mee dan bubur. Takpe la adik, yang penting adik kenyang. Ok la, tu jela nak cite arini.. nanti esok2 kite borak2 lagi yeh.. Bye.. Assalamualaikum..


** Walau ape pun mama tetap sayang anak-anak mama. And i will be missed that moment bila awak dan besar nanti...sob sob... 






No comments:

Post a Comment